-->

Cara Terbaik Mengenali Burung Tekukur

Cara Terbaik Mengenali Burung Tekukur - Alhamdulillah atas nikmat yang di belikan oleh ALLAH S.W.T yang mana yang telah memberikan nikmat kesehatan sehingga saya bisa lagi memberikan update terbaru artikel dengan Judul Cara Terbaik Mengenali Burung Tekukur. Burung Tekukur atau dikenali sebagai Spotted Dove(Bahasa Inggeris) merupakan genus streptopilia dari spesis chinensis dalam famili columbidae.Burung Tekukur boleh didapati hampir ke seluruh kawasan benua asia selatan , asia tenggara hingga ke australia dan seterusnya tersebar ke seluruh benua lain akibat diimigrasi oleh manusia.Burung Tekukur turut mempunyai pelbagai jenis rupa dan fizikal serta suara berbeza-beza mengikut tempat dan habitat yang didiami.











Cara Terbaik Mengenali Burung Tekukur
Cara Terbaik Mengenali Burung Tekukur


1. Cara Mencari Makanan


Burung Tekukur gemar mencari makanan di kawasan tanah lapang sedikit berumput seperti padang,sawah padi dan bawah pokok.Burung Tekukur liar gemar memakan serangga kecil seperti semut dan belalang,cacing tanah,rumput serta bijian seperti buah pokok kemuncup dan biji padi kerana mudah didapati.Ia berbeza dengan Burung Tekukur peliharaan yang diberi diet seperti biji jagung,padi,dedak pellet burung dan sekoi(sambau).


2. Habitat Dan Proses Mengawan


Burung Tekukur kebanyakan tidak hidup secara berkumpulan kerana majoriti lebih suka bergerak hanya berpasangan jantan dan betina sahaja.Ada juga gemar bergerak sendirian.Kawasan hutan tebal tanah rendah adalah habitat semulajadi Burung Tekukur namun ada menjadikan kawasan perkampungan manusia dan bandar-bandar yang masih terdapat banyak pohon-pohon pokok sebagai habitat baru untuk pembiakan.


3. Tempat Pembiakan Burung Tekukur


Burung Tekukur Mempunyai Semangat Kerjasama.Sewaktu hendak membina sarang untuk bertelur,burung tekukur jantan dan betina akan bersilih ganti mencari ranting-ranting kayu yang kecil untuk membina sarang berbentuk hamparan di atas dahan pokok.Setelah selesai membina sarang,burung betina bersedia mengeluarkan telur.Burung Tekukur kebiasaanya bertelur sebanyak dua biji sahaja dalam satu tempoh pembiakan.


Burung Tekukur jantan dan betina akan bertukar ganti mengeram telur sehingga menetas.Burung Tekukur jantan dan betina bekerjasama mencari makanan untuk membesarkan anak sehingga anak dewasa dan bersedia meninggalkan sarangnya.Sewaktu anak tekukur dewasa sudah mula belajar untuk terbang,ia masih dipantau oleh induknya.Burung Tekukur adalah burung yang aktif bertelur dan membiak saban tahun.


4. Mengenali Jantan tau betina Burung Tekukur


Sukar untuk mengenali jantina Burung Tekukur kerana rupanya kelihatan sama.Namun bagi individu yang sudah lama bergiat dalam aktiviti memelihara burung ini kebiasaannya mempunyai cara tertentu untuk mengenali jantina burung melalui ciri fizikalnya.Contohnya melalui sepit udang berdekatan anus burung tersebut.Dikatakan sepit udang burung yang rapat dan keras merujuk kepada burung jantan manakal sepit udang burung yang luas dan lembut merujuk kepada burung betina.


Berdasarkan fizikal burung jantan dikatakan memiliki tubuh yang lebih besar dan pejal berbanding burung betina yang kelihatan besar disebabkan bulunya yang tebal.Burung jantan memiliki bulu manik putih dan bulu arang di leher lebih menonjol berbanding burung betina.Ada juga orang menilai burung jantan dan betina melalui jumlah helaian pada bahagian ekornya.


Jumlah helaian bulu ekor dari 11 helai kebawah merujuk kepada burung betina manakala 12 helain keatas merujuk kepada burung jantan.Namun ia dapat dinilai sekiranya burung itu masih separa dewasa kerana burung dewasa biasanya banyak hilang helaian bulu ekornya akibat gugur atau bergaduh menjadikan kiraan mungkin tidak tepat.


Tetapi yang pasti,cara yang lebih berkesan ialah dengan memasukkan beberapa ekor burung ke dalam ladung(reban).Dalam tempoh beberapa hari anda perlu menjadi pemerhati.Burung Jantan biasanya dapat dilihat akan merapati burung betina dan membuat aksi fizikal seperti cuba memikat burung betina.


Jika burung turun di laman,burung jantan akan mula melakukan aksi menganguk kepala sambil berbunyi menguku(ku ku) untuk memikat burung betina yang turut berada di laman.


Burung jantan akan melakukan aksi seperti merebahkan sayap,menyengetkan ekornya dan cuba naik atas badan burung betina yang terpikat dengan aksi burung jantan tersebut.Burung jantan juga tidak akan mengepak sayapnya dengan agresif untuk melibas burung betina kecuali jika bertemu sesama burung jantan yang lain yang dianggap sebagai pesaing.


Demikianlah artikel tentang Cara Terbaik Mengenali Burung Tekukur, semoga artikel ini bisa bermanfaat untuk kita semua amin3x, dan sampai jumpa lagi pada update artikel terbaru lainnya bersama dengan kami di hewanternak.net

0 Response to "Cara Terbaik Mengenali Burung Tekukur"

Posting Komentar